Tuesday 21 March 2017

5 Fasa yang perlu ditempuhi untuk perkahwinan yang berjaya

Assalamualaikum warahmatullah,

Baru saya tahu bahawa rupa-rupanya sebelum kita boleh mencapai perkahwinan yang berjaya dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada kita dan sejagat,  kita harus melalui 5 fasa berikut. Saya dapat info ini daripada Ustazah Isfadiah dalam rancangan soal jawab agama di TV1 dan juga dari website zaraismail.com.

Fasa 1 : Rindu- rinduan 

Saya rasa ramai pasangan yang berkahwin berjaya melalui fasa ini. Biasala tu kan, masa permulaan alam perkahwinan, ketika ini pastinya kita akan merindui satu sama lain hatta bila suami tu baru je keluar pergi kerja dalam seminit tempohnya. Mungkin suami baru je keluar simpang depan rumah tu kita dah rindu.  Maka, jika masing-masing ada perasan rindu merindu ini maka anda telah melepasi fasa satu ini. Fasa ini boleh juga terjadi ketika dalam tempoh bertunang.

Fasa 2 : Jatuh cinta

Lebih afdal jika jatuh cinta selepas berkahwin. Perasaan itu lebih indah dan penuh dangan kejutan yang indah. Mungkin tetiba dapat kiriman bunga daripasa suami semasa di pejabat, alangkah indahmya perasaan ini.

Fasa 3 : Terbuka topeng masing masing

Tetapi tunggu, kejutan yang sebenarnya adalah di sini. Pada fasa ini segala kebaikan dan keburukan/kekurangan diri masing-masing akan terbongkar. Kalau kebaikan tu rasanya tiada masalah pasangan nak menerimanya, tetapi keburukan tu mungkin ada yang sukar untuk di telan, Menurut ustazah, kebanyakan perkahwinan yang tidak berjaya yg akhirnya membawa kepada penceraian (Nauzubillah) adalah disebabkan suami isteri tidak berjaya melalui fasa yang ketiga ini.

Harus untuk diingat, tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali Rasullullah (peace be upon Him). Jika kita terlalu mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita, maka kita akan boleh kecundang apabila kita tidak terjumpa dengan kesempurnaan itu. Apa yang penting kita harus saling melengkapi diantara satu sama lain dan juga "willing to give and take". Buangkan keegoan anda jauh-jauh. Mungkin pasangan boleh berkerjasama untuk memperbaiki keburukan yang ada ke arah yang lebih baik.

Fasa 4 : Redha-meredhai diantara satu sama lain

Ini adalah fasa di mana pasangan telah saling redha meredhai. Di mana pasangan boleh menerima kekurangan  diri masing-masing dan tahu sempadan diri masing-masing. Pada ketika ini pasangan akan sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing supaya tahap keharmonian akan tercapai.

Fasa 5 : Pasangan  menjadi serasi sehingga boleh melakukan apa sahaja bersama-sama (Serasi bersama)

Pada fasa ini, pasangan akan dapat bekerjasama dengan baik dalam segala hal hatta jika mereka mahu menubuhkan perniagaan bersama-sama. Tetapi yang penting suami isteri telah dapat menguruskan rumah tangga dengan baik dan harmoni dari segi hal anak-anak, perbelanjaan rumah dan hal-hal pengurusan yang lain.

Saya terpanggil untuk berkongsi fakta ini kerana saya merasanya ianya menarik dan ilmu ini harus untuk dikongsi bersama. Semoga ianya menjadi pedoman dan panduan kepada semua. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri. 


Terima kasih kerana membaca.  

Wasalam.