Thursday 15 October 2015

Part 2: Perkara menarik mengenai Program Angkasawan Negara 1

Salam dan selamat sejahtera,

Sebelum saya menerangkan serba ringkas mengenai hasil penyelidikan sains angkasa bagi pihak kumpulan penyelidikan ini, mungkin saya boleh menceritakan tentang perkara2 yang menarik (bagi saya..hihi) berlaku sepanjang program PAN ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.

1. Proses dokumentasi yang mencabar. Walaupun sangat mencabar tetapi sangat menarik dan teruja, kerana ketika ini kami berpeluang bertemu dan bekerjasama dengan pakar2 bidang sains Angkasa (ie Jurutera, saintis) daripada Amerika Syarikat dan Russia. Sangat mengujakan kerana ada di antara mereka adalah orang yg selalu berhubung secara langsung dengan ISS. Mereka inilah yang memastikan segala eksperimen kami di ISS berjalan lancar. Tidak di nafikan mereka adalah orang yg sangat rigid dlm tugasan mereka, oleh itu kami harus membuat dokumentasi secara terperinci dan tepat. Satu persatu langkah harus diterangkan secara terperinci (mmg nak menangis juga masa buat semua dokumentasi on top of buat all the lab experiment), tapi the experience is priceless.

 Perbincangan inflight experiment design
 Demo inflight experiment design

 Perbincangan dengan Pihak Angkasa, Bioserve, ATSB
 Dato Dr SMS melihat flight hardware di makmal kami ketika itu
Bincang santai2..


2. Baikonur. Pernah dengar tak nama tempat ini? Di sinilah tempat roket russia di lancarkan at least 2 kali setahun. Geografi tempat ini adalah gurun sejuk. Waktu malam boleh mencecah susu -10 degree, sangat2 sejuk ok. Waktu kami berjalan keluar ke bangunansebelah untuk bersahur.. Masya Allah, sejuk terketar2 yang tak terkata. Tempat ini sangat2 di kawal ketat oleh pihak berkuasa. Nak masuk memerlukan clearence 6 bulan lebih awal. Tempat ini sangat di jaga dengan rapi terutama dari segi sejarah penerbangan angkasanya. Rumah yuri gagarin sebelum berlepas ke angkasa begitu terpelihara dengan baik. Muzium angkasanya mencatatkan setiap penerbagan angkasa yang bersejarah. Gambar setiap angkasawan juga dipamerkan di sini. Yang menarik, replika kapal angkasa yang pertama ada di pamerkan. Masya Allah, sangat2 kagum dengan ilmu yg Allah kurniakan kepada manusia. Luar kapal angkasa ini di buat daripada batu marmar yang tahan suhu kepanasan melampau.

Persekitaran baikonur ini sangat indah. Tak nampak modenasi yang berlaku dan siapa sangka tempat inilah tempatnya roket berlepas. Bangunan penginapan kami pun daripada papan (jika tak silap). Kami melakukan kerja makmal di bangunan khas yg sebenarnya menyimpan roket sebelum ianya berlepas. Di sini kami sentiasa di kawal, x boleh keluar daripada kawasan makmal sesuka hati. Mahu ke tandas pun mesti ditemani oleh pegawai bertugas. Mana2 kami bergerak di Baikonur pun memang di kawal rapi oleh mereka.

Tapak pelancaran roket. Allahuakbar... selama ini saya hanya termimpi2 untuk melihat pelancaran roket dari dekat. Masa tu tak tahu macam mana impian itu boleh tercapai. Tersenyum2 tengok dekat TV gambar orang tengok pelancaran roket dari jarak dekat dan berangan.. hihi.. Rupanya Allah bukakan peluang saya melalui menyertai program ini. Saya tak pernah sangka yg saya belajar eksperimen sel kultur ini kemudiannya akan didorongkan oleh Allah untuk  terlibat dalam eksperimen kultur sel ke Angkasa pula.. Subhanallah. Sampai sekarang saya tak percaya sebenarnya. Macam dalam mimpi. Setelah lebih kurang  5 tahun pengalaman dalam bidang sel kultur. Memang tak sangka. Pagi itu sebelum roket berlepas, kami berpeluang melihat proses roket di tarik keluar daripada gudang (pagi2 subuh) menggunakan keretapi. Roket itu ditarik oleh keretapi hingga ke tapak pelancaran. Kami juga berpeluang melihat roket itu didirikan di tapak berlepas. Dalam jarak kurang 50 m (if tak silap).

Petang sebelum pelancaran (lebih kurang pukul 5 waktu Baikonur), kami berpeluang melambai2  Angkasawan dan cosmonout yang akan berlepas ke Angkasa. Ketika ini mereka telah memakai space suit dan menaiki bas khas ke tapak pelancaran. Kami sempat laungkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr SMS ketika ini . Dr SMS sempat jawap "I will". Itu yg saya dengar. Memang terpegun time ni. raut wajah muka Dr SMS tenang, tapi dapat rasanya debarannya, hanya Allah yang maha mengetahui.

Kami di bawa ke tempat khas melihat roket berlepas yg jaraknya dlm 3 km daripada tapak berlepas.  Teringat lagi, roket berlepas setelah masuk waktu berbuka. Masih teringat bau asap yang keluar daripada roket dan sayup kedengaran bunyi yang dikeluarkan oleh roket waktu berlepas. Percikan api jelas kelihatan,  roket berlepas naik ke amgkasa dengan lancarnya, makin kecil dari pandangan mata. Lebih kurang 2 minit selepas itu, hilang dari pendangan mata kerana sudah keluar daripada atmosfera bumi. Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Sangat2 indah saat ini. Apabila sudah pasti yg roket sudah masuk orbit bumi, mereka bersorak keriangan menandakan pelepasan roket yang berjaya.


 Semasa roket soyuz ditarik dengan keretapi ke tapak pelancaran

 Bersama Peggy (bekas US Astronout & Saintis) yang turut sama menghantar sel2 nya ke ISS


Ok. Sampai sini dahulu.

Panjang sangat dah post ni..

Terima kasih'

The writer


No comments:

Post a Comment