Monday 12 October 2015

Program Angkasawan Negara (PAN), penyelidikan saintifik bahagian 1

Salam dan Hi..
Update: Maybe, i should translate this page in English, soon, In Shaa Allah.
Kali ni saya akan menulis di dalam bahasa melayu. Saya berharap semoga "post" ini akan bermanfaat kepada mereka yang berminat di dalam penyelidikan sains perubatan angkasa.

Semua sedia maklum yang Malaysia telah ditawarkan untuk mendapat satu tempat percuma bagi menghantar seorang Angkasawan Malaysia ke Angkasa lepas oleh pihak Rusia. Kerajaan memikirkan adalah bermanfaat untuk peluang ini digunakan untuk Angkasawan menjalankan juga ujikaji penyelidikan perubatan sains angkasa supaya dapat mengukuhkan lagi bidang penyelidikan Malaysia. Oleh itu wujudlah projek penyelidikan saintifik sains angkasa. 

Sebanyak 4 universiti awam terlibat dengan penyelidikan saintifik PAN 1 iaitu, UKM, UPM, UM dan UiTM (setelah melalui proses pemilihan proposal yang terperinci dan ketat).

Pihak kami terlibat dalam projek penyelidikan mengenai kesan penerbangan angkasa lepas terhadap fungsi saluran darah dan sel tulang  manusia. Secara umum, jika fungsi saluran darah manusia terganggu akan meningkatkan faktor risiko mendapat penyakit jantung kerana berlakunya  penyumbatan saluran darah. Bagi penyelidikan sel tulang, ingin memeriksa kesan penerbangan sel angkasa terhadap fungsi tulang samada ianya meningkatkan faktor risiko untuk osteoporosis.

Keseluruhannya untuk menjayakan projek ini bukannya satu usaha yang mudah. Dengan masa penyediaan yang agak minima, kami telah berjaya menyudahkan projek ini dengan baik. Permulaannya kami dikehendaki mengoptimasi kaedah penyelidikan kami sebelum persediaan menerbangkan sel-sel saluran darah dan tulang ke angkasa lepas bersama-sama dengan Dato Dr Sheikh Muszaphar (Dr SMS). Kaedah eksperimen ini agak rumit kerana inilah pertama kali sel saluran darah manusia di hantar ke ISS. Oleh itu kami perlu mengoptimasi kaedah eksperimen kami sendiri supaya sel2 kami dapat hidup di dalam alat Fluid Processing Apparatus yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, segala proses persediaan berjalan dengan lancar. Segala proses dokumentasi juga agak mencabar kerana kami perlu menggunakan kemudahan makmal di Moscow dan Baikonur.


Berikut ringkasan mengenai perjalanan projek penyelidikan sains angkasa ini.

Feb 2007 : Latihan menggunakan FPA di UKM, Bangi
Feb- April 2007 -  Penyediaan rancangan penyelidikan dengan terperinci bersama2 dengan pihak Bioserve, USA dan Pihak Agensi Penyelidikan Angkasa Rusia.
Mac- 2007 - May 2007 - Optimasi kaedah penyelidikan.
Jun - Aug 2007 - Persediaan sel-sel saluran darah dan tulang, peralatan dan dokumentasi untuk di bawa ke Moscow Rusia.
July- Latihan melakukan eksperiman di angkasa bersama-sama dengan angkasawan (Dato Dr Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr Faiz).
21 Sep 2007 - Penyelidik membawa sel2 saluran darah dan tulang ke Moscow bersama2 dengan peralatan dan bahan2 eksperimen.
22 sep - 4 okt 2007 - Pengkulturan sel saluran darah dan tulang di atas microcarrier sebelum dimasukkan dalam FPA
5 okt 2007 - Penerbangan ke Baikonur membawa sel2 eksperimen.
6-8 Okt - Kultur sel di dalam flight hardware FPA dan kualiti kontrol untuk memastikan sel selamat di bawa masuk ke dalam Soyuz TMA-11
9 Okt 2007- Sel2 di bawa masuk ke dalam Soyuz TMA-11
10 Okt 2007 - Soyuz TMA 11 berlepas pada waktu Maghrib di Baikonur. Masya Allah, wonderful experience. Speechless.
12 - 21 Okt 2007- Angkasawan Dr SMS menjalankan langkah2 eksperimen  di ISS.
21 Okt 2007 -  Angkasawan pulang dengan selamat bersama2 sel2 kami. Alhamdulillah

Seterusnya kami menjalankan analisa post-flight cells di IBMP dan Malaysia.



Gambar aktiviti penyelidikan di Makmal IBMP, Moscow Russia

 Alhamdulillah layanan yang diberikan amat memuaskan. Peralatan makmal pun mencukupi. 

 Dr. Julia dan team mates banyak membantu kami semasa di IBMP, Moscow.
 Mikroskop untuk melihat tahap kesihatan sel-sel  kami
 Sambil itu sempat mengocak2 air di air pancut terletak di tengah2 bandar Moscow (unk hilang stress.. hihi)

 Persediaan sel untuk dikulturkan dalam flight hardware


 Backup sets


 Leakage test for flight hardware

Sel yang hidup di dalam Flight hardware. Dalam FPA inilah sel diterbangkan ke angkasa lepas (ISS) bersama2 dengan Angkasawan kita, Dato Dr SMS. Dr SMS menjaga sel2 kami dengan baik dan melakukan segala arahan eksperimen dengan baik sehingga selamat di bawa pulang ke Bumi. Sel2 itu amat kecil. Kena pakai mikroskop baru nampak..

Tu dia sel2 nya yang hidup atas bebola (baru nampak...)



 Sewaktu kami menerima sel2 kami selepas Dato Dr SMS selamat mendarat pulang (tengah malam ni)

Jurutera ATSB yang membawa sel2 daripada tapak mendarat di Baikonur


 Sel yang telah selamat pulang dari angkasa lepas di kumpul untuk analisa seterusnya.


Ok.. Cukup setakat ini dahulu.

Terima kasih

The writer

No comments:

Post a Comment